• PJIM RAYA
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy
  • photo6190208713458034677
  • WhatsApp Image 2018 03 02 at 17.26.05
  • portal2
  • 26239551 344093749331938 2195544727577052298 n
  • 26112406 339817046426275 53736382526707431 n
  • Web site
  • uniszaneww2

TAKLIMAT DIGITAL KAMPUS@UniSZA

Taklimat digital campus

Pada 22 Mac 2018 yang lalu, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah mengadakan satu Taklimat Digital Kampus@UniSZA bertempat di Bilik Mesyuarat HEPA, UniSZA, Kampus Gong Badak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Ilyas, wakil dari pihak Celcom Axiata. Taklimat ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad selaku pengerusi taklimat tersebut.

Tujuan utama taklimat ini adalah menawarkan satu aplikasi digital khusus untuk pelajar UniSZA bagi memudahkan sesi pembelajaran dan urusan yang melibatkan pelajar dapat dilaksanakan melalui atas talian. Pelaksanaan ini selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Tinggi agar seluruh Universiti Awam di Malaysia dapat menggunakan sistem berteraskan digital dalam menjalani pembelajaran dan pendidikan di Malaysia.

Aplikasi ini dapat diakses dengan mudah dengan memuat naik aplikasi daripada ‘Play Store’ dan ‘App Store’. Aplikasi ini juga dapat menyimpan maklumat pelajar dari segi biodata, fakulti, sesi pengajian, dan banyak lagi fungsi lain yang ditawarkan. Dengan adanya sistem aplikasi pelajar ini, pihak pentadbiran dan pensyarah UniSZA dapat menjalankan urusan dengan pelajar secara atas talian dengan mudah dan pantas.

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia