• PJIM RAYA
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy
  • photo6190208713458034677
  • WhatsApp Image 2018 03 02 at 17.26.05
  • portal2
  • 26239551 344093749331938 2195544727577052298 n
  • 26112406 339817046426275 53736382526707431 n
  • Web site
  • uniszaneww2

SCHOOL@UniSZA 4.0

SchoolUniSZA 4.0

2 April 2018, Sekolah  Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang adalah sekolah menengah Agama Negeri Terengganu pertama yang berpeluang menyertai Program School@UniSZA 4.0. Program yang mengambil masa selama 2 hari itu melibatkan 105 orang calon SPM. Program ini dirancang untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu pengetahuan serta memupuk kemahiran berinteraksi  dengan guru, pelajar dan masyarakat. Ianya juga bertujuan untuk  membina jati diri dan menanam rasa yakin boleh berjaya dalam diri pelajar.

Pengetua sekolah, Ustaz Rosli bin Abd Rahman berkata, “Saya menaruh harapan yang tinggi agar hasil dari program ini pelajar dapat lulus SPM dengan minimum C dan peratus pencapaian A+ dalam semua subjek akan bertambah”. Beliau juga berharap agar pelajar dapat memperkukuhkan kemahiran menjawab soalan kertas subjektif dan KBAT dengan lebih baik. Tambah beliau lagi, program seumpama ini akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar sekolah merasai budaya kehidupan seharian di kampus universiti.

Pengarah PJIM, Syed Mohd Azmi Bin Syed Ab. Rahman turut meluangkan masa untuk merasmikan program dua hari tersebut dengan dihadiri sama oleh En. Wan Ismail bin Wan Abdullah, Penyelaras SKK PJIM. Pengarah dalam ucapan perasmiannya melahirkan kesyukuran di atas peluang yang diberikan kepada UniSZA untuk menyumbang ke arah memperkasakan   percapaian akademik pelajar   SMASZAL. Belia seterusnya menegaskan bahawa iltizam membantu kecemerlangan sekolah bukan hanya tertumpu kepada sekolah dalam kategori SKK sahaja tetapi melewati sekolah harian biasa.

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia