• Portal Staff and Student Portal 1
  • image
  • uniszaneww2
  • BANNER RAYA 1 1080x350

Majlis Potluck Sambutan Aidilfitri 1438H

Selasa, 18 Julai 2017 bersamaan 24 Syawal 1438H telah berlangsungnyaMajlis Potluck Sambutan Aidilfitri dengan kerjasama enam Pusat Tanggungjawab (PTj) di UniSZA iaitu Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Pusat Pendidikan Berterusan (CCE), Pejabat Wakaf dan Infaq (WAQIAH), UniSZA Holdings Sdn Bhd, Pusat Pembangunan Hospital Universiti (PPHU) dan Pusat Perubatan Pakar UniSZA (UMC). Majlis tersebut diadakan di ruang legar bangunan HEPA lama, UniSZA.

Majlis hari raya merupakan aktiviti tahunan yang di nanti-nantikan pada bulan Syawal. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua PTj UniSZA serta kakitangan UniSZA. Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.

Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai menu antaranya kambing bakar, nasi minyak, sate, air batu campur, bihun goreng, soto, lemang, rendang, laksa, manisan, aneka minuman dan kuih-muih. Setiap PTj yang terlibat telah bekerjasama menyediakan menu dan juadah untuk dihidangkan semasa majlis. 

Hari Raya Aidilfitri 1438H 2    Hari Raya Aidilfitri 1438H

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia