• Berita
  • BENGKEL PEMURNIAN KAJIAN TINDAKAN SKK 2018

BENGKEL PEMURNIAN KAJIAN TINDAKAN SKK 2018

Bengkel Tindakan Kajian Tindakan SKK

30 April 2018. Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kajian Tindakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berlangsung di Dewan Seminar AQEL. Bengkel ini dihadiri oleh 28 orang peserta termasuk pengetua, guru besar dan penyelaras SKK dari 14 buah SKK di bawah seliaan UniSZA. Taklimat ini telah disempurnakan oleh Wan Ismail Wan Abdullah, Penyelaras SKK Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat UniSZA.

Sepanjang bengkel dilaksanakan, para peserta didedahkan Garis Panduan Kajian Tindakan yang telah diselaraskan oleh pihak KPM. Semua hasil Kajian Tindakan akan diserahkan kepada KPM penghujung Julai depan untuk melayakkan SKK menyertai Anugerah Program Jalinan SKK UA 2018.