• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING TENUSU

Kursus kambing tenusu 2    Kursus kambing tenusu

UniSZA telah melaksanakan Kursus Asas Penternakan Kambing Tenusu pada 2 dan 3 haribulan Mac 2018. Kursus UCTC ini adalah dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Seramai 30 orang peserta tingkatan lima Aliran Sains Pertanian dari Sekolah Menengah Padang Kemunting dan Sekolah Menengah Bukit Tunggal telah terlibat sebagai peserta. 

Peserta juga diberi tugasan untuk menguruskan ternakan seperti memerah susu, menimbang berat dan pemotongan kuku. Diakhir program para peserta telah menzahirkan ucapan terima kasih diatas ilmu dan pengalaman yang diberikan. Kursus ini diketuai oleh Dr. Roslan bin Awang (FRIT) bersama empat orang pegawai pertanian dan Pembantu Verterinar dari Pusat Pengurusan Ladang (PPL) UnisZA.

Pada hari pertama, peserta diberikan penerangan tentang teori pengurusan ternakan kambing tenusu yang dilaksanakan di Kampus Gong Badak. Ianya merangkumi kaedah pemilihan ternakan, pemakanan, pengurusan dan pemasaran produk. Pada hari kedua, para peserta telah dibawa ke ladang UniSZA di Pasir Akar Besut dengan bas bagi menjalani latihan amali. Disini, peserta didedahkan dengan suasana bekerja di ladang dan dapat melaksanakan sendiri rutin harian penternak kambing tenusu.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo