• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

KEM BESTARI MATEMATIK & MAJLIS PENUTUP KTP II 2018 ORANG ASLI TERENGGANU

Kem Bestari 2       Kem Bestari

Selasa, 13 Mac 2018 telah berlangsung Program Kem Bestari Matematik & Majlis Penutup KTP II 2018 Orang Asli Terengganu bertempat di SK Sg. Berua, Hulu Terengganu. Manakala pada 14 Mac 2018 (Rabu), program yang sama juga dilaksanakan di SK Sg. Pergam, Kemaman. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Knowledge Transfer Programme (KTP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Projek Transformasi Pendidikan Masyarakat Orang Asli Terengganu (Peringkat II). Program ini menggunakan kaedah pembelajaran yang seronok dan berinformatif berkonsepkan kepada Fun Learning melalui penggunaan Kit Damat. Kit ini direka oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Kejuruteraan Matematik, Universiti Malaysia Perlis (UniMaP).

Terdapat 2 jenis Kit Damat iaitu untuk prasekolah (Pre=4-6 tahun) dan sekolah rendah (Level=7-12 tahun). Ini adalah bertujuan untuk memupuk minat dan melatih kemahiran Arithmatik dalam pembelajaran murid Orang Asli khususnya dalam subjek Matematik. Selain itu, program ini membantu merangsang minat murid untuk terus berada dalam sesi pembelajaran di sekolah menerusi didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan satu dimensi baru dalam aspek pembentukan dan penyebaran ilmu.

            Manakala bagi Majlis Penutup KTP II pula dilaksanakan sebagai simbolik kepada penamatan geran projek KTP II Orang Asli yang berakhir 31 Mac 2018. Slot motivasi kepada para ibu bapa dan murid Orang Asli juga dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran dan kefahaman ibu bapa Orang Asli dalam pelaksanaan pendidikan secara berterusan. Ini sekaligus memperlihatkan perkembangan pembelajaran anak-anak Orang Asli SK Sg. Berua dan SK Sg. Pergam dan mendapatkan respon para ibu bapa mengenai tahap pendidikan anak-anak mereka. Manakala acara penyampaian cenderahati turut disampaikan kepada 17 orang calon UPSR Sg. Berua dan 12 orang calon UPSR Sg. Pergam yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo