• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

TAKLIMAT SISTEM E-LATIHAN INDUSTRI KEPADA PENYELARAS DATA LATIHAN INDUSTRI DAN PENYELIA AKADEMIK FESP

Latihan Industri adalah salah satu pra-syarat wajib bagi semua pelajar UniSZA untuk memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dan program Diploma. Sehubungan itu, UniSZA mengambil inisiatif membina Sistem Latihan Industri (e-LI) bagi memudahkan segala urusan latihan industri serta dapat menyelia data-data LI secara atas talian dengan mudah dan pantas. Mulai Januari 2017, semua pelajar, pensyarah dan Penyelia Industri dapat mengakses sistem tersebut dengan sempurna. Walau bagaimanapun, proses pemantapan sistem LI masih lagi dijalankan agar sistem tersebut relevan dan effektif dengan pengeluaran hasil maklumat yang terkini dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Sehubungan dengan itu, pada 21 Mac 2018 yang lepas, satu Taklimat Sistem e-Latihan Industri (e-LI) telah diadakan kepada Penyelaras Data Latihan Industri (PDLI) dan Penyelia Akademik FESP bertempat di Makmal Komputer Bangunan Hafsah, FESP.

Taklimat ini dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat terkini berkenaan pengendalian sistem e-LI dan sekali gus memberikan pemahaman yang lebih mendalam agar mereka dapat menyelia urusan latihan industri dengan lancar dan sistematik.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo