• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PROGRAM INDUSTRY AND ACADEMIA ARE ONE 2018

Pada 2 April 2018, Pejabat Timbalan Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A&A) dan Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah mengadakan program Industry and Academia Are One (IAAO) di Auditorium Blok Akademik dan Dewan Senat, Kampus Gong Badak.

Program tersebut telah dirasmikan oleh TNC (A&A), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad. Program telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Hubungan Industri (BHI) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof. Dr. Arham Abdullah, Ketua Tadbir Korporat Pengurusan Ekosistem, QSR Brands , Datuk Ahmad Faris Yahaya, CEO Open Learning, En. Adam Brimo, barisan dekan fakulti, dan Pengarah-Pengarah PTj yang berkaitan dengan industri dan kebolehpasaran pelajar.

Program IAAO telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama merupakan taklimat Pengarah BHI kepada kesemua Dekan Fakulti UniSZA. Taklimat tersebut berkisarkan pelan strategik dan hala tuju KPT berkenaan jaringan industri dan tanggungjawab Universiti secara am dan Fakulti secara khususnya.

Antara yang disampaikan oleh Pengarah BHI adalah berkenaan program yang bersangkutan dengan IAA0, iaitu:

  1. CEO@Faculty 1.0 (CFP1.0)
  2. CEO@Faculty 2.0 (CFP2.0)
  3. Industry Centre of Excellence (ICoE)
  4. Kebolehpasaran Pelajar dengan Industri
  5. Academia-Industry Talent Exchange Programme (AITEP)
  6. Industry Academia Network Award (AINA)
  7. Industry@University Programme, dan
  8. Career Development Centre (CDC).

Y. Bhg. TNCAA dan para Dekan telah mendapat maklumat dan bersoal-jawab terus dengan Pengarah BHI untuk mengelakkan kekeliruan tentang kehendak KPT. Sesi pagi telah berakhir pada waktu tengahari.

Program IAAO bersambung di sebelah petang dalam bentuk forum kepada pensyarah muda (umur 30-40 tahun) berkenaan program CFP2.0 telah dilaksanakan oleh BHI. Datuk Ahmad Faris Yahaya dan En. Adam Brimo merupakan panel untuk forum tersebut. Pelbagai soalan telah ditanyakan kepada kedua-dua panel yang bertujuan untuk menambahkan minat para pensyarah muda untuk menyertai program berkenaan yang akan dilangsungkan untuk siri yang kedua, bermula pada September 2018.

Di penghujung sesi kedua, kedua-dua felo program CFP2.0 siri satu Dr. Radzuwan Bin Ab. Rashid (FBK) dan Dr. Muhamad Fazil Bin Ahmad (FSSG) telah diminta untuk menjelaskan sedikit mengenai program CFP2.0 kepada peserta yang hadir pada sesi berkenaan. Penyerahan laporan akhir untuk syarikat dan universiti juga telah diadakan sebagai simbolik penutup bagi program sangkutan industri masing-masing.

Program IAAO dirasakan telah mencapai objektif program iaitu, untuk memberikan pemahaman kepada golongan Dekan dan para pensyarah tentang hala tuju dan pelan strategik KPT dan BHI. Dengan adanya program sebegini, proses penyampaian dasar oleh Y.B. Menteri Pendidikan Tinggi akan lebih telus dan sampai ke segenap warga UniSZA.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo