• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PROGRAM NLP (Neuro-Linguistic Programme) DI SMK TEMBILA, BESUT

NLP

Besut, 10 Feb 2018 (Sabtu). Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat melebarkan sayap sumbangannya dengan mengadakan Neuro-Linguistic Programme (NLP) kepada 120 orang pelajar tingkatan 5 SMK Tembila Besut dan berlangsung di UniSZA Kampus Besut. Ia dikendalikan oleh Jurulatih NLP Bertauliah, Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA.

Program ini turut dibantu oleh En. Wan Ismail bin Wan Abdullah, Pegawai Penyelaras Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan – Universiti Awam, UniSZA dan empat orang pelajar pasca siswazah. Turut hadir ke program ini adalah Pengetua SMK Tembila, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Kaunselor dan beberapa orang guru sekolah.

Prof. Dr. Mahadzirah memberitahu bahawa program ini amat berkesan kepada pelajar terutama pelajar tingkatan empat kerana mereka dapat menggunakan kemahiran NLP untuk menghadapi peperiksaan SPM. “Ia juga amat berguna kepada guru kerana para pendidikan dapat menggunakan kemahiran ini ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran”, tambah beliau ketika ditemui pada awal pagi.

Dalam masa yang sama Pengetua SMK Tembila merakam jutaan penghargaan kepada pihak UniSZA terutama kepada Prof. Dr. Mahadzirah yang sanggup meluangkan masa berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajarnya walaupun berada dalam kesibukan tugas rasminya.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo