• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

School@UniSZA 2.0

Schoolunsza 2.0

UniSZA. 8 Feb 2018, seramai 60 orang murid tahun 6 SK Seberang Takir (SeTakir) berpeluang menjejaki kaki mereka ke UniSZA dalam Program School@UniSZA 2.0. Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 tentang persediaan dan persiapan untuk menghadapi UPSR 2018 nanti.

Program yang julung kali diikuti oleh pelajar SeTakir ini telah berjaya mencuit minda dan emosi murid-murid tersebut ke arah kesedaran, persediaan dan persiapan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada penghujung tahun 2018 nanti. Peserta begitu bersemangat dan teruja bila berpeluang menggunakan kemudahan UniSZA.Program ini dimulai dengan ice breaking yang disempurnakan oleh Kaunselor SeTakir dan diikuti dengan perkongsian motivasi oleh En Wan Ismail Wan Abdullah, Pegawai Penyelaras Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan – Universiti Awam, UniSZA.Seterusnya program School@UniSZA ini di laksanakan dan bentuk Latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh 7 orang fasilitator dari KLKM UniSZA yang diketuai oleh Sharifah Nurshafiqah Binti Syed Shuhaimi, Pengerusi Sekretariat KLKM UniSZA dan juga pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA.“Inilah sumbangan UniSZA kepada sekolah-sekolah sekitar yang tidak mengehadkan kepada SKK sahaja malah kita melebarkan sumbangan kepada sekolah-sekolah harian.” kata En Wan Ismail. “Kita mengharapkan murid-murid berkenaan menyedari bahawa mereka sudah berada pada tahun 6 dan bersedia membuat perubahan paradigma masing-masing serta persiapan awal untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi” tambah beliau.

Sharifah Nurshafiqah berkata, “Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan PJIM terutama En Wan Ismail kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini kali ke dua ini dan berkongsi pengalaman kami kepada calon-calon UPSR tersebut demi kecemerlangan akademik dan sahsiah diri mereka”.

Program sehari ini juga turut dihadiri oleh Guru Besar, Naib YDP PIBG SeTakir Dato' Hj Ismail bin Ali, Guru Penyelaras Tahun 6 dan guru-guru pengiring dari sekolah terlibat. “Saya amat berterima kasih kepada UniSZA kerana memberi peluang kepada anak-anak kami, walaupun bukan dari kalangan SKK. Dan terima kasih juga kepada fasilitator berpengalaman dari UniSZA yang mengendalikan aktiviti-aktiviti dan mereka berperwatakan seperti seorang guru”, kata Encik Ahmad Kamal bin Abdullah, Guru Besar SeTakir di akhir sesi program. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak PJIM khususnya dan UniSZA amnya kerana menyediakan kemudahan bilik kuliah UniSZA yang amat selesa kepada peserta program ini.

Majlis penutupan diakhiri dengan Ikrar Murid, perasmian oleh Timbalan Pengarah PJIM, Dr. Azrul Amri Bin Jamal dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kumpulan Terbaik Keseluruhan dan semua fasilitator.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo