• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PEMILIHAN DAN TEMUDUGA CALON DUTA UNIVERSITI (ZON TIMUR) DI UniSZA

Temu duga duta     IMG 20180210 WA0081     IMG 20180211 WA0000

UniSZA Kampus Gong Badak, 10 Februari 2018,   Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA, dengan kerjasama Bahagian Hubungan Industri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan sesi temuduga bagi calon Duta Universiti bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Pejabat Kolej Kediaman UniSZA Kampus Gong Badak.

Seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk menghadiri temuduga tersebut yang dijalankan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Industri KPT, Encik Johan Cruyff@Mohd Johari bin Md Nordin dan Penolong Pengarah, Puan Hanisah binti Zamani.

Sebelum daripada itu pada 7 Februari 2018 bertempat di Bilik Aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA., calon-calon tersebut telah mengikuti Bengkel berkaitan dengan kemahiran menghadiri temuduga, etika berpakian, kemahiran komunikasi dan maklumat berkaitan dengan program Duta Universiti yang dijalankan oleh Pengarah PJIM.

Duta Universiti merupakan satu program yang uruskan oleh Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi   bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-empat (NBOS4) bagi inisiatif   Program Transformasi Luar bandar (RTP) sejak tahun 2012. Duta Universiti dipilih dalam kalangan pelajar-pelajar universiti terpilih untuk melaksanakan program-program berorientasikan pembangunan ekonomi, pendidikan, teknologi dan juga alam sekitar. Duta terpilih diangkat sebagai ikon masyarakat luar bandar dan menjadi penghubung antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Antara peranan Duta Universiti (Fokus Luar Bandar) adalah menjadi ikon masyarakat luar bandar dan pemimpin remaja di komuniti setempat, menjadi penghubung kepada komuniti setempat, menjadi pakar rujuk dan perantara kepada komuniti setempat berhubung inisiatif dan usaha-usaha kerajaan untuk menggerakkan aktiviti komuniti serta menjadi idola remaja setempat.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo