• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

Massive Open Online Course (MOOC) bersama Rakan Industri CEO@Faculty Program 2.0 – Open Learning

UniSZA Kampus Gong Badak, 1 Feb 2018 (Khamis) satu mesyuarat di antara pihak UniSZA dan Open Learning telah dijalankan untuk membincangkan ruang  kerjasama yang boleh dijalinkan antara UniSZA dan Open Learning, Malaysia. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh  Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut dihadiri oleh Tuan Syed Mohd. Azmi bin Ab Rahman,  Pengarah PJIM dan juga Dr Syarilla Iryani binti Ahmad Saany yang mewakili Pengarah Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL). Sementara itu, pihak Open Learning pula diwakili oleh Sarveen Kandiah, Ketua Unit Perkhidmatan Pelajar.  Dr. Radzuwan bin Ab. Rashid dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang juga merupakan fellow kepada Program CEO 2.0 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, telah dipersetujui bahawa kerjasama yang erat perlu dijalinkan dalam usaha memastikan gagasan UniSZA untuk memperkasakan pembelajaran secara atas talian dapat direalisasikan dengan berkesan. Pihak Open Learning bersetuju melatih pensyarah-pensyarah UniSZA untuk menjadi fasilitator dan mentor melalui penganjuran siri bengkel-bengkel yang akan dianjurkan oleh AQEL.

Mereka juga bersetuju menerima pelajar UniSZA untuk menjalani latihan industri di samping menerima kakitangan akademik menjalani sangkutan industri di Open Learning. Dr. Radzuwan bin Ab. Rashid, yang disangkutkan dengan Open Learning dalam program CEO 2.0 berpandangan kerjasama antara UniSZA dan Open Learning amat signifikan demi memperkasakan inisiatif pembelajaran atas talian di UniSZA kerana syarikat ini merupakan pemain utama dalam industri ini. Ini dibuktikan melalui pemilihan Adam Brimo, iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Open Learning di dalam Program CEO@Faculty dan ditindikkan dengan Universiti Perguruan Sultan Idris.

 

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo