• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

SCHOOL@UniSZA

SchoolUniSZA 1

18 Januari 2018, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA telah memulakan lembaran 2018 dengan merealisasikan Program “School@UniSZA” yang bertemakan We Are The Champion kepada 147 orang murid tahun 6 SK Gong Badak, Kuala Nerus dan 11 orang murid SK Felda Selasih, Besut. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah seliaan UniSZA.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 tentang persediaan dan persiapan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 pada penghujung tahun ini. Pengisian aktiviti bermula di awal pagi dengan ice breaking yang disempurnakan oleh Kaunselor SK Gong Badak dan diikuti dengan perkongsian motivasi oleh En Wan Ismail Wan Abdullah, Pegawai Penyelaras Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan – Universiti Awam, UniSZA.

“Kita mengharapkan murid-murid berkenaan menyedari bahawa mereka sudah berada pada tahun 6 dan bersedia membuat perubahan paradigma masing-masing serta persiapan awal untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi” kata En Wan Ismail yang juga Pesuruhjaya Daerah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UniSZA

Program diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh 17 orang fasilitator dari KLKM UniSZA yang diketuai oleh Sharifah Nurshafiqah Binti Syed Shuhaimi, Pengerusi Sekretariat KLKM UniSZA dan juga pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA. Mereka turut dibantu oleh 4 orang fasilitator, masing-masing seorang dari UKM, UPM, USIM dan UM. Sharifah Nurshafiqah berkata, “Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan PJIM terutama En Wan Ismail kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini dan berkongsi pengalaman kami kepada calon-calon UPSR tersebut demi kecemerlangan akademik dan sahsiah diri mereka”.

Program sehari ini juga turut dihadiri oleh Guru Besar, Guru Penyelaras Tahun 6 dan guru-guru pengiring dari kedua-dua sekolah terlibat. “Saya amat teruja bila melihat fasilitator berpengalaman dari UniSZA mengendalikan aktiviti-aktiviti dan mereka berperwatakan seperti seorang guru”, kata Encik Ahmad Zohir bin Haron, Guru Besar SK Gong Badak di akhir sesi program itu. Beliau dan Hj A. Razak bin Rashid, Guru Besar SK Felda Selasih, turut mengucapkan penghargaan kepada pihak PJIM khususnya dan UniSZA amnya kerana menyediakan kemudahan Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA yang amat selesa kepada peserta program ini.

Majlis penutupan diakhiri dengan Ikrar Murid dan perasmian oleh Pengarah PJIM, YM Syed Mohd Azmi Bin Syed Ab. Rahman dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kumpulan Terbaik Keseluruhan dan semua fasilitator.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo