• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PROJEK TRANSFORMASI PETANI

  UCTC 2      UCTC

 

Sektor pertanian merupakan antara sektor ekonomi utama yang membangunkan masyarakat di Daerah Besut. Masyarakat di Daerah Besut sangat sinonim dengan kehidupan bertani khususnya tanaman kontan seperti keledek, sayur-sayuran, tembikai dan labu. Walaubagaimanapun, hasil tinjauan mendapati terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh petani dalam aktiviti pertanian yang dijalankan. Antara kekangan tersebut adalah ketiadaan kawasan penanaman yang sesuai khususnya pada musim tengkujuh serta petani mempunyai keluasan tanah yang terhad purata kurang daripada satu hektar sekeluarga.

Teknik penanaman dan kawalan makhluk perosak yang lemah dan tidak saintifik juga mengakibatkan hasil dan mutu produk yang rendah. Selain itu, petani juga menghadapi masalah jaringan pemasaran yang terhad. Akibatnya purata pendapatan per keluarga yang rendah iaitu kurang daripada RM1,500.00 sebulan. Oleh yang demikian, UniSZA melalui dana UCTC KPM dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Besut, Pejabat Ahli Parlimen dan ADUN, Jabatan Pertanian Daerah Besut, Lembaga Pertanian Terengganu Tengah dan Pertubuhan Peladang Kawasan mengorak langkah membantu para petani dengan menjalankan Projek Transformasi Petani di Daerah Besut.

Projek Transformasi Pertanian di UniSZA telah memperolehi dana melalui dari Seksyen NBOS, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Projek ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hasbullah b Hj. Muhammad. Pelbagai program pemindahan ilmu dan teknologi telah diadakan bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian antaranya, (i) teknik penanaman tanah beris, (ii) sistem pengairan, (iii) sistem pembajaan menggunakan air, (iv) penggunaan baja berdasarkan unsur-unsur yang spesifik berdasarkan keperluan pokok, sistem pembajaan yang dijalankan tidak menggunakan baja NPK yang siap dipakai, namun peserta projek diberi kemahiran membancuh baja berdasarkan unsur-unsur spesifik bergantung keperluan pokok (pembajaan melalui air), dan (v) kemahiran kawalan makhluk perosak menggunakan bahan organic iaitu ‘Effective Microb’. Hasil tanaman yang tidak menggunakan racun kimia memudahkan untuk memasuki pasaran luar Negara (Singapura) disamping produktiviti hasil juga sangat bagus.

Sebanyak 50 orang petani dipilih sebagai peserta projek, lapan daripadanya dipilih sebagai peserta perintis projek. Mereka dipinjamkan tanah seluas empat ekar seorang selama lima tahun di ladang yang dibangunkan di dalam kawasan UniSZA Kampus Tembila. Manakala selebihnya, petani menanam diatas tanah persendirian dan juga tanah yang disewa. Jenis tanaman yang dijalankan adalah tembikai, labu dan keledek. Pelbagai program pemindahan ilmu telah dijalankan antaranya, teknik penanaman, sistem pengairan, sistem pembajaan, kawalan makhluk perosak dan penggunaan bahan organik sebagai baja dan racun. Petani juga memperoleh harga yang berpatutan melalui bantuan pemasaran yang dijalankan oleh ahli projek. Hasilnya, selepas musim pertama (fasa 1/4 bulan) projek dijalankan, petani memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2500-RM4500 sebulan. Bagi memastikan kesinambungan projek yang dijalankan, peserta diwajibkan menyimpan sebanyak 15%-20% daripada keseluruhan hasil semusim sebagai modal pusingan. Seorang bendahari dilantik dalam kalangan peserta untuk menyimpan tabungan tersebut. Pemantauan dan khidmat nasihat selama lima tahun menjamin kejayaan projek yang dijalankan.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo