• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

KARNIVAL INDUSTRI , KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (IECC@UniSZA 2017)

  IECC 3 IECC

 

Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Karnival Industri, Keusahawanan dan Kerjaya (IECC@UniSZA 2017) pada 24 November 2017 (Jumaat) hingga 26 November 2017 (Ahad) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA.

Pada hari pertama, dengan kerjasama pihak Celcom, Program KPT Celcom Siswapreneur 2018 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama yang melibatkan pelajar UniSZA sebagai peserta. IECC@UniSZA 2017 telah dirasmikan oleh YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA. Semasa majlis perasmian IECC@UniSZA 2017 diadakan, satu perjanjian persefahaman (MoU) antara UniSZA dan CELCOM dilaksanakan bertujuan membuka ruang kerjasama yang lebih bermakna antara kedua agensi ini. MoU telah ditandatangani oleh pihak UniSZA dan Director Government Liaison USP & Vendor Development iaitu Encik Saiful Baharin Abd Ghaffar. Di samping Program KPT Celcom Siswapreneur 2018, pihak UniSZA juga telah menerima satu  mobile truck untuk dijadikan makmal bagi pelajar terutama penerima zakat (asnaf) mengasah bakat keusahawanan mereka. Untuk memastikan kejayaan program ini juga,  Celcom melalui inisiatif CSR  telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM50,000.00 di atas nama Program KPT-Celcom Siswapreneur Asnaf@UniSZA. Selain daripada itu, beberapa aktiviti  bersama sedang dirangka demi untuk mengeratkan lagi hubungan antara UniSZA dan Celcom.Karnival yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dan  alumni UniSZA serta universiti awam dan swasta sekitar Terengganu tentang profil pelajar yang diidamkan oleh majikan disamping membuka ruang kepada peserta untuk menghadiri temuduga terbuka dengan agensi kerajaan dan swasta yang menyertai pameran. Karnival ini juga menjadi wahana yang berkesan untuk peserta serta pengunjung untuk berinteraksi dengan penceramah dalam slot pengkongsian pengalaman dan juga pempamer dari agensi kerajaan dan swasta.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang-peluang keusahawanan yang boleh disertai oleh mereka yang ditawarkan oleh CELCOM. Selain daripada itu, pada hari tersebut juga diadakan Bengkel E-Usahawan dengan kerjasama MDEC. Pada hari kedua dan ketiga, sesi ceramah dan bengkel berkaitan dengan Modul Finishing School, motivasi keusahawanan, peluang perniagaan dengan syarikat-syarikat terkemuka disamping maklumat berkaitan dengan peluang peniagaan dan kemudahan pinjaman dan gran dari PUNB dan MDEC. Sepanjang tiga hari karnival ini, para peserta dan pengunjung berkesempatan untuk berinteraksi dengan pempamer yang mempamerkan profil syarikat mereka dan juga peluang bekerja dengan mereka. Sebanyak 1000 jawatan kosong ditawarkan oleh agensi kerajaan dan swasta yang menyertai pameran ini.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo