• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN KE MENARA GADING

Program Transformasi Kecemerlangan ke Menara Gading ialah salah satu program anjuran Duta UniSZA dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) serta dibantu oleh Pembimbing Rakan Siswa (PRS).

Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam (9 - 11 November 2017) di UniSZA Kampus Gong Badak bersama 12 orang fasilitator disertai oleh 49 orang pelajar dari 6 buah sekolah sekitar Kuala Nerus. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah PJIM, Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol telah menyuntik semangat kepada adik-adik supaya meneruskan pengajian sehingga ke universiti dan mampu berdaya saing dalam pelbagai perkara dimasa akan datang

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah merasai pengalaman sebagai seorang penuntut universiti dengan dibimbing oleh fasilitator PRS. Mereka telah ditanam dengan kesedaran mengenai betapa pentingnya pelajaran untuk masa hadapan. 

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo