• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

PROJEK TANAMAN TEMBIKAI KOMUNITI: KE ARAH PENGELUARAN HASIL LADANG YANG BEBAS RACUN KIMIA

Projek penanaman tembikai dengan menggunakan kaedah penanaman biologi (biological farming) bagi fasa ke-2 telah dijalankan dengan kerjasama ahli penyelidik UniSZA bersama komuniti setempat pada 1hb Ogos 2017 - 5hb Oktober 2017 yang lepas. Projek yang mendapat tajaan sepenuhnya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di bawah projek pemindahan ilmu bersama komuniti-KTP/Bil 003/16 (KTP-R5) ini telah dijalankan bersama 18 orang komuniti petani setempat. Ladang tanaman komuniti seluas 20 ekar telah disediakan bagi memastikan projek ini dapat berjalan dengan lancar.  

Kaedah penanaman ini yang mengaplikasikan penggunaan racun biologi bagi menggantikan racun kimia yang telah lama dipraktiskan oleh masyarakat setempat bagi mengatasi masalah serangan penyakit pada pokok yang telah mengurangkan hasil pengeluaran tembikai. Sehubungan dengan itu, projek penanaman bagi fasa ke-2 ini telah mensasarkan ke arah peningkatan hasil tanaman dengan kaedah penanaman yang lebih selamat dengan pengurangan sebanyak lima puluh peratus penggunaan racun kimia dan menggantikan dengan racun biologi yang lebih selamat kepada pengguna.    

Dalam tempoh penanaman ini, beberapa ahli penyelidik UniSZA bagi geran pemindahan ilmu ini yang terdiri daripad Dr Abd Jamil Zakaria, Prof Madya Dr Hasbullah Muhamad dan Prof Madya Dr Khamsah Suryati telah mengadakan beberapa siri lawatan ke tapak tanaman bagi memberikan khidmat nasihat, perkongsian ilmu serta galakkan kepada komuniti dalam usaha membantu mendapatkan hasil tanaman yang lebih tinggi dan selamat. Dapatan daripada penanaman fasa ke-2 telah menunjukkan respon yang positif daripada kalangan komuniti petani yang terlibat. Walaubagaimanapun, projek ini masih akan diteruskan bagi penanaman tembikai fasa musim ke-3 (bermula Disember 2017) dengan sasaran untuk meningkatkan lagi penggunaan racun biologi bagi menggantikan penggunaan racun kimia sebanyak lapan puluh peratus. Besar sekali harapan diperingkat ahli penyelidik UniSZA, agar  kesedaran akan kepentingan kaedah penanaman yang lebih selamat dengan mengurangkan penggunaan racun kimia yang berlenbihan pada tanaman menjadi tular dalam kalangan komuniti yang lebih besar dan meluas seiring dengan objektif utama projek komuniti untuk membantu meningkatkan hasil petani dengan menggunakan kaedah pertanian yang lebih selamat dan mesra alam.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo