• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

Kursus Keusahawanan Program Seni Kraf Warisan

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama PJIM telah mengadakan Kursus Keusahawanan Program Seni Kraf Warisan pad 23-27 Oktober 2017 bertempat di Scout Inn Resort, Kuala Nerus, Terengganu. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan 30 orang usahawan seni kraf warisan (craftpreneur) dikalangan belia yang berkecimpung dalam bidang seni kraf warisan disamping boleh menjadi pemimpin dalam memacu industri ini di Terengganu dan menjadikan Terengganu sebagai antara pemain industri utama dalam kalangan seni kraf warisan di Malaysia.

            Cadangan pelaksanaan dari YDSM dan PJIM ini dilihat sebagai salah satu cara untuk memacu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kalangan para belia di mana bidang seni kraf warisan dipilih sebagai fokus utama. Industri seni kraf warisan dipilih berdasarkan keperluan negara buat masa ini yang sangat memerlukan ramai usahawan muda bagi melahirkan generasi pewaris di dalam bidang seni kraf warisan yang selama ini bergantung kepada golongan tua. Ini merupakan peluang yang besar kepada para belia untuk berkecimpung dalam bidang ini memandangkan potensi pasaran serta sokongan kerajaan yang sentiasa berterusan. YDSM dapat menambah bilangan usahawan dengan cepat dan menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan belia di Terengganu.

            Pelaksanaan program ini adalah melalui pakej kerjasama YDSM sebagai penyalur pembiayaan, manakala PJIM sebagai penyedia kandungan kursus/ penasihat teknikal dan business coaches/pensyarah sebagai pembimbing perniagaan. Usahawan muda atau craftpreneur yang menyertai program ini akan memperoleh Sijil Keusahawanan & Inovasi yang disediakan oleh PJIM selepas tamat latihan. Business coaches/pensyarah akan menggabungkan latihan teori dan praktikal bagi membangunkan usahawan muda atau craftpreneur ini. Manakala,  konsep pemantauan yang dijalankan adalah berbentuk business-coaching di mana ia menggabungkan kepakaran business coaches dalam bidang perniagaan dan pengetahuan teknikal syarikat mentor yang bertindak sebagai schedule partner kepada usahawan muda atau craftpreneur yang dibangunkan.

Antara impak yang dapat diperoleh melalui program ini ialah usahawan muda yang akan menjadi perintis usahawan mentor kepada bakal-bakal usahawan muda pada masa akan datang. Selain itu, industri seni kraf warisan di Terengganu juga dapat dikembangkan secara sistematik dan berkesan. Seterusnya, usahawan  muda  akan  mendapat  bimbingan,  tunjuk  ajar  dan  sokongan  secara berterusan dari business coaches dan mentor yang berpengalaman ke arah menyediakan mereka sebagai craftpereneur  yang berjaya serta berdaya saing di masa hadapan.

Kursus Keusahawanan Program Seni Kraf Warisan ini amat berkesan bagi membantu mencapai visi dan objektif kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan membangunkan usahawan dalam bidang seni kraf warisan atau craftpreneur di kalangan belia yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing. Secara tidak langsung ia akan menjadi platform terbaik buat para belia untuk bergiat aktif dalam industri seni kraf warisan yang berpotensi besar untuk dimajukan dan menjadikan Terengganu sebagai hub seni kraf warisan di Malaysia.

 

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo