• Berita
  • Program Solat Tarawih beserta Kuliah dan Tazkirah Fiqh Siyam dan Thaharah UniSZA

Program Solat Tarawih beserta Kuliah dan Tazkirah Fiqh Siyam dan Thaharah UniSZA

Program Solat Tarawih berjemaah berserta kuliah dan tazkirah “Fiqh Siyam dan Thaharah” telah diadakan di Masjid Pulau Redang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Pulau Redang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Program ini diadakan selama satu hari. Seramai 100 orang para jemaah yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Komuniti Kampung Baru Pulau Redang telah didedahkan kaedah dan teknik bagi mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian mereka. Perkongsian tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar, Ketua Projek KTP. Di samping itu, masyarakat disuntik dengan santapan rohani oleh Graduate Intern UniSZA, Nizam bin Abd Ghani.

Selain itu juga, masyarakat kampung juga telah didedahkan strategi penjagaan kebersihan secara bersistematik dan konsisten bagi menjaga keindahan eko-pelancongan di Pulau Redang. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh

penceramah jemputan khas iaitu ustaz Wan Mohd Fadhli bin Wan Mokhtar selaku Imam Besar Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu.