• Berita
  • Kerjasama Strategik UniSZA dan Agrobank

Kerjasama Strategik UniSZA dan Agrobank

UniSZA dan Agrobank     UniSZA dan Agrobank 2

UniSZA Kampus Gong Badak, 17 Julai 2017 telah diadakan satu Perbincangan Kerjasama Strategik Antara UniSZA dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bertempat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UniSZA Kampus Gong Badak. PTj yang terlibat dalam perbincangan ini ialah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar , dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Seterusnya daripada pihak Agrobank diwakili oleh Encik Rosli bin Jusoh, Encik Mohd Hisyam bin Abd. Majid, dan Mahazan bin Abdul Manan. Dalam perbincangan tersebut, pihak UniSZA yang dipengrusikan oleh Prof Madya. Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol memberikan beberapa pandangan berkenaan objektif kerjasama tersebut. Selain itu juga, kerjasama yang ditekankan dalam perbincangan ini termasuklah Pembangunan Modal Insan, Perkongsian Kajian dan Pembangunan, Kemudahan Instrumen Perbankan Kepada Kakitangan dan Pelajar UniSZA, dan Perlindungan Takaful dan Lain-lain Perkhidmatan. 

Perbincangan kerjasama tersebut selesai pada pukul 11.00 pagi dan agenda diteruskan dengan lawatan ke Ladang UniSZA, Pasir Akar, Besut. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada wakil Agrobank melihat sendiri prasarana yang ada di UniSZA termasuklah Reban Ayam, Kambing Tenusu, dan Kandang Lembu. Perbincangan ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam Kerjasama Strategik antara UniSZA dan Agrobank.