• Berita
  • UniSZA Materai Memorandum Persefahaman dengan MRL dan CCCC (M)

UniSZA Materai Memorandum Persefahaman dengan MRL dan CCCC (M)

MoU MRL dan CCC    MRL dan CCCC

PUTRAJAYA: 14 Jun 2017, berlangsungnya Majlis Menandatangani MoU Program Latihan ECRL Negaraku antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia Rail Link Sdn Bhd, dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd bertempat di  Auditorium Kementerian Kewangan Malaysia yang dirasmikan oleh YAB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek mega Laluan Rel  Pantai Timur (ECRL) bukan sahaja akan mentransformasikan pantai Timur Semenanjung Malaysia tetapi juga mentaliti rakyat di kawasan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana projek ini bakal mencetuskan perubahan pesat di kawasan tersebut.

"Baru-baru ini saya ada di Bachok untuk satu program bersama rakyat di sana.

"Saya dapat melihat keterujaan di muka rakyat Bachok apabila melihat sendiri sistem rel yang canggih," kata Datuk Seri Najib.

Seramai 3,600 anak tempatan bakal menjalani program latihan industritermasuklah graduan daripada UniSZA. Lantikan ini akan mampu memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembinaan rel dan keretapi ECRL. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri Malaysia menyaksikan sebanyak 13 memorandum persefahaman (MoU) telah dipersetujui dan upacara pertukaran dokumen telah dilakukan.

Program ini dibiayai sepenuhnya sebagai inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) oleh China Communications  Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama projek ECRL dan Malaysia Rail Link Sendirian Berhad, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan selaku pemilik projek tersebut. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 6.00 petang diakhiri dengan sesi fotografi.