• Berita
  • Mesyuarat Jaringan Kerjasama antara UniSZA dengan Industri

Mesyuarat Jaringan Kerjasama antara UniSZA dengan Industri

UniSZA dan Bioalpha Sdn. Bhd

Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah mengadakan Mesyuarat Jaringan Kerjasama antara UniSZA dengan Industri (Bioalpha Sdn. Bhd.) pada 7 Jun 2017 bertempat di Pejabat ECERDC, Kuala Terengganu.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah Institut Agrobioteknologi, Professor Dr. Abdul Manaf bin Ali, En. Ahmad Faiq bin Abdul Halim, manakala dari syarikat ECER diwakili oleh En. Iskandar Zulkarnain bin Zainal Abidin dan PJIM diwakili oleh Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol dan Penyelaras ECER, En. Wan Musa bin Wan Muda.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk mengenalpasti potensi kerjasama yang boleh dijalinkan diantara UniSZA dan Bioalpha Sdn. Bhd. yang merangkumi bidang penyelidikan (R&D), latihan industri dan juga kerjasama industri / penjanaan pendapatan.