• Berita
  • Lawatan Kerja Naib Canselor UniSZA ke Tasik Kenyir

Lawatan Kerja Naib Canselor UniSZA ke Tasik Kenyir

Satu lawatan kerja ke Tasik Kenyir oleh  Naib Canselor UniSZA, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif telah diadakan pada 6 Mei 2017 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat potensi pembangunan masa hadapan yang akan dilaksanakan di tanah milik UniSZA di  Tasik Kenyir yang dikenali sebagai Makmal Alami. Buat masa ini, Makmal Alami ini digunakan oleh Pusat Holistik Pelajar UniSZA sebagai pusat latihan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus ko-kurikulum.

Lawatan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah, Dr. Azmi bin Omar, Pengarah PJIM, Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol, Timbalan Pengarah PJIM, Tn. Syed  Mohd Azmi Syed Ab. Rahman, Pemangku Pendaftar, En. Ismail Ahmad dan wakil kepada Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir. Ketibaan rombongan telah disambut oleh En. Salman bin  Lambak daripada Pusat Pembangunan Holistik Pelajar. Rombongan juga telah dibawa melawat Taman Tropika MARDI.

LAWATAN KERJA NAIB CANSELOR UniSZA 1