Kata Aluan Pengarah

 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA. Saya selaku Pengarah amat berbesar hati atas kunjungan dan mengalu-alukan kunjungan anda. Luangkan sedikit masa anda untuk meneroka ke alam industri dan komuniti yang terdapat di PJIM.

Sebagai pusat rujukan data berkaitan komuniti dan industri di peringkat Universiti, PJIM memainkan peranan dalam melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat yang yang menekankan tema khidmat komuniti yang terkandung dalam Pelan Strategik UniSZA 2017-2025.

Saya yakin dan percaya PJIM dapat memperkasakan jaringan industri dan masyarakat yang relevan dan berimpak antara UniSZA dengan industri dan masyarakat termasuk pihak syarikat, badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan dan komuniti setempat. PJIM adalah pusat yang menekankan program universiti yang berimpak tinggi melalui parameter tertentu antaranya meningkatkan kualiti hidup, kemampanan, kos rendah, berterusan dan transdisiplin.

Terima kasih saya ucapkan kepada industri dan komuniti yang telah berganding bahu bersama UniSZA, komitmen yang diberikan adalah amat bermakna dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan dimasa hadapan.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang telah banyak memberikan bimbingan dan dorongan dalam usaha membangunkan PJIM kearah kecemerlangan.

Adalah diharapkan agar laman ini menjadi wadah untuk perkongsian maklumat kepada semua dan juga menjadi jambatan permulaan jalinan kerjasama antara UniSZA, industri dan masyarakat.

Hubungi kami jika mahukan info yang lebih terperinci berkenaan industri dan masyarakat.

Sekian, Wassalam.