Peranan dan Fungsi

Bahagian Jaringan Industri

• Mewujudkan jaringan dan hubungan baik antara UniSZA dan Industri.
• Mempertingkatkan dan mengukuhkan kolaborasi antara UniSZA dan Industri melalui kolaborasi akademik, penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan pembangunan Universiti.
• Berperanan sebagai sekretariat universiti bagi program Jaringan Industri di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bahagian Latihan Industri

• Memantau pelaksanaan program Latihan Industri pelajar-pelajar UniSZA secara berkesan dan sistematik.
• Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada pelajar berhubung isu-isu berkaitan Latihan Industri.
• Mengemaskini polisi, prosedur, pengkalan data dan garis panduan program penempatan Latihan Industri berdasarkan keperluan terkini.

Bahagian Jaringan Masyarakat

• Memperkasa jalinan dan kerjasama strategik dengan agensi awam dan swasta melalui aktiviti transformasi komuniti/masyarakat.
• Menyelaras program/aktiviti transformasi komuniti dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA serta pemegang taruh berkepentingan.
• Menyelaras dan menguruskan Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP), NBOS dan geran-geran berkaitan transformasi masyarakat.
• Menyelaras program dan aktiviti Sekolah Kluster Kecemerlangan bersama Universiti Awam (SKK- UA).
• Menyelaras program/aktiviti berkaitan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).