• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

Innovation Workshop @ UNISZA – Robopro Camp

Kuala Nerus : Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan Innovation Workshop@UniSZA – RoboPro Camp bersama SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun pada 13 hingga 15 April 2017 bertempat di Makmal Komputer Blok Khadhijah, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP) Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak. Seramai 50 orang pelajar terdiri dari palajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun yang mewakili pelbagai kelab ko kurikulum sekolah telah hadir dalam sesi bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dari Kelab RoboPro, Fakulti Informatik dan Komputeran Kampus Besut. Bengkel ini merupakan sebahagian dari aktiviti berimpak tinggi yang dirancangkan oleh PJIM untuk dilaksanakan dalam kalangan sekolah kluster kecemerlangan yang ditindikan dengan UniSZA.

Innovation Workshop@UniSZA – RoboPro Camp dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam bidang pengaturcaraan robotik di samping untuk menyediakan suasana dan persekitaran inovasi dalam kalangan peserta. Matlamat akhir dari program ini ialah untuk membolehkan sekolah berkenaan memasuki pertandingan inovasi peringakat kebangsaan dan antarabangsa. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi sempena bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah PJIM, Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah PJIM, YM Syed Mohd Azmi bin Ab Rahman, Penyelaras SKK-UA, Ust. Wan Ismail bin Wan Abdullah, dan Pengetua Sekolah SM Imtiaz YT Dungun, En. Md. Imran bin Md. Nor serta guru-guru pengiring.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo