Program Agropreneur Graduan @ UniSZA
BESUT, 2 Mei 2017 telah berlansungnya Program Agropreneur Graduan @ UniSZA bertempat di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA Kampus Besut. Program ini dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) dengan kerjasama Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat). Penceramah jemputan program tersebut ialah Encik Mohd Hisyam bin Abd. Majid, Pengurus Cawangan, Agrobank. Program tersebut telah berjalan dengan jayanya.
Seramai 60 orang pelajar tahun akhir FBIM telah menyertai program tersebut. Objektif program tersebut bagi melahirkan Agropreneurs di kalangan graduan UniSZA melalui pengkongsian pintar antara PJIM, FBIM UniSZA dan pihak Agrobank dan Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat).
Kesemua wakil yang berkolaborasi mempunyai fungsi masing-masing. Antaranya, PJIM dan FBIM berfungsi memberi pendedahan kepada pelajar UniSZA berkaitan peluang menceburi bidang keusahawan tani atau agropreneur dan Agrobank berfungsi sebagai penyumbang dana melalui Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (PAM) bagi program tersebut. KoSahabat akan menyediakan tanah atau tapak pertanian untuk diusahakan melalui pakej “contract farming”