• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

Seminar e-Usahawan 2.0 @ UniSZA 2017

17917880 1147102815419382 3359253299403207294 o

22 April 2017 telah berlangsungnya seminar e-Usahawan 2.0 @ UniSZA bertempat di Dewan Perdana, Kampus Gong Badak yang dianjurkan oleh MDEC dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Pusat Keusahwanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) dan sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA. Seminar e-Usahawan telah diketuai oleh Encik Mohd Syahril bin Kamarudin yang dibantu oleh Encik Suzairi bin Sulaiman.
Seminar e-Usahawan mula diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerusi MDEC yang telah dilancarkan pada 23 November 2015. e-Usahawan merupakan salah satu inisiatif kerajaan
untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program e-Usahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.
Seramai 120 peserta telah mengambil peluang untuk menyertai e-Usahawan yang terdiri daripada komuniti sekitar dan pelajar Universiti Awam di Terengganu. Antara input yang disampaikan oleh penceramah adalah teknik penggunaan Facebook, Instagram, Website dan Advertising dalam perniagaan digital.
e-Usahawan 2.0 adalah seminar kedua yang telah dianjurkan oleh MDEC dengan kerjasama PJIM bertempat di UniSZA dan seminar ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai penyertaan dari pelajar dan komuniti setempat.

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo