CEO@Faculty Programme

SYARAHAN UMUM

“Board of Directors’ Duties and Responsibilities”
"Good Governance And Organizational Effectiveness"
Oleh: Y.Bhg. Datuk Dr. Syed Mohamad bin Syed Abdul Kadir,
Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad

Pada 26 Mac 2016, Datuk Syed Muhamad Bin Syed Abdul Kadir sekali lagi menjejak kaki ke kampus UniSZA untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar dan kakitangan UniSZA. Kunjungan pada kali ini, beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk “Board of Directors’ Duties and Responsibilities” khusus kepada pelajar Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) dan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP) seramai lebih kurang 300 orang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU)

Seterusnya, pada program yang sama beliau turut menyampaikan syarahan bertajuk "Good Governance And Organizational Effectiveness" kepada kakitangan UniSZA diatas undangan Persatuan Pengurusan dan Profesional UniSZA (PENGEMUDI) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar. Seramai 150 orang kakitangan hadir mendengar syarahan yang disampaikan.