• Berita
  • Program Inovasi dan Halatuju Koperasi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Program Inovasi dan Halatuju Koperasi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah mengadakan Program Inovasi dan Halatuju Koperasi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada 14 Mac 2017 bersama SM Imtiaz YT Dungun bertempat di Bilik Mesyuarat HEPA.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah, Tuan Syed Mohd. Azmi bin Ab. Rahman dan Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) UniSZA, En. Wan Ismail bin Wan Abdullah. SM Imtiaz YT Dungun hadir diketuai oleh Pengetua bersama Penyelaras SKK dan guru-guru yang mengajar subjek Sains dan Teknologi.

Agenda dimulakan dengan taklimat program RoboCamp yang disampaikan oleh Dr. Engku Fadzli Hasan bin Syed Abdullah dan dibantu En. Azrul Amri bin Jamal dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Hasil daripada taklimat tersebut, pihak SM Imtiaz bercadang untuk menganjurkan program seumpama ini diperingkat sekolah-sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu sebelum dipanjangkan ke sekolah-sekolah kluster yang lain.

Seterusnya, Pengarah PJIM menyampaikan taklimat program Junior Entreprenuership Business Leadership yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah sekitar Kuala Nerus pada tahun 2016. Program ini akan dirancang penganjurannya di peringkat SM Imtiaz YT untuk tahun 2017.