• Berita
  • Terokai Dunia Digital bersama e-Usahawan

Terokai Dunia Digital bersama e-Usahawan

Seminar e-Usahawan anjuran My MDEC dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Pusat Keusahawanan UniSZA dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah diadakan pada 19 Mac 2017 (Sabtu) bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar yang dikendalikan oleh Trainer Nona Abdullah ini bertujuan melahirkan ramai lagi golongan muda untuk menjadi seorang perniaga online yang berjaya dan terbuka kepada pelajar UniSZA dan komuniti luar yang berminat. Seramai 110 orang peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam telah menyertai program ini.

Peserta yang hadir mendapat pendedahan tentang teknik terkini untuk menguasai cara perniagaan melalui laman sesawan. Fasilitator yang berpengetahuan dan berpengalaman turut membantu peserta untuk meningkatkan penguasaan dalam mempromosikan produk atau barang untuk jualan.

Pada akhir seminar, para peserta diharap dapat menguasai penggunaan aplikasi seperti whatsapp, instagram, Facebook and lain-lain.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PJIM, Tuan Syed Azmi bin Syed Ab Rahman mewakili Pengarah.