• uniszaneww2

SK Gong Badak – UniSZA Raih Anugerah Kecemerlangan Akademik

Kluster 100x66 Kuala Nerus : Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Universiti Sultan Zainal Abidin berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Kategori Akademik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam (SKK UA).

Majlis yang bertujuan untuk menghargai Kecemerlangan Program Jalinan SKK UA itu mula diperkenalkan Fasal 1 pada 2008 hingga Fasal 9 pada 2015.

Beberapa SKK telah ditindik ke setiap 20 UA di seluruh Malaysia dan SK Gong Badak merupakan salah satu sekolah yang ditindik kepada UniSZA.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof Dr Mahadzirah Mohamad, berkata SK Gong Badak adalah salah satu wakil dari Sekolah Kebangsaan yang menerima anugerah pada majlis itu berbanding penerima lain yang merupakan sekolah menengah.

“Sebanyak 13 buah sekolah telah ditindik ke UniSZA selama tempoh tersebut dan SK Gong Badak pula telah dikhaskan kebitaraan Akademik (Bahasa Melayu) dan Kokurikulum (Memanah).

“Sepanjang tempoh itu juga, SK Gong Badak telah menganjurkan beberapa pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan dan meraih Johan Skrip Bicara Berirama, Naib Johan Konduktor Terbaik, Ke 3 Persembahan Terbaik, ke 4 Pidato Bahasa Melayu dan beberapa kemenangan lain,’’ katanya.

Katanya lagi, beberapa penganjuran turut dilaksanakan di UniSZA kepada murid SK Gong Badak dan hasil penganjuran tersebut, SK Gong Badak telah mendapat hasil Berimpak Tinggi dengan 100 % Lulus Bahasa Melayu Pemahaman UPSR 2015 dan GPMP Bahasa Melayu 2014 1.5 meningkat kepada 1.3 pada 2015.

Sementara itu, kejayaan SKK-UA UniSZA di majlis berkenaan turut mendapat pujian Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

"Saya menyokong padu usaha Keserakanan dan Kesepunyaan ini diperkasakan lagi supaya setiap usaha membuahkan hasil berimpak tinggi.

“Saya juga mengharapkan pihak UA dan Sekolah Kluster Kecemerlangan mengambil inisiatif untuk menghasilkan program keusahawanan supaya murid dan pelajar sekolah memiliki kemahiran keusahawanan dan perniagaan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berharap agar UniSZA boleh memberi sumbangan kepakaran dan kemudahan kepada Sekolah Kluster Kecemerlangan seliaan UniSZA untuk menganjurkan program-progam bagi penggal 2016 hingga 2018.

“Saya memohon sokongan padu dari pihak Pengurusan Tertinggi UniSZA turut diberika bagi menjayakan setiap program yang dirancang demi kecemerlangan sekolah",katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 11 anugerah telah diberikan mengikut kategori kepada SKK UA yang berjaya antaranya Akademik, Kokurikulum, Pengkomersialan, Inovasi dan Rekacipta, Amalan Terbaik, Pengantarabangsaan, Kemasyarakatan serta Anugerah Tokoh Penyelaras UA dan SKK.

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia