• uniszaneww2

CEO@Faculty Programme bersama Tan Sri Dr Ali bin Hamsa

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), melalui Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan CEO@Faculty Programme bersama Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa Ketua Setiausaha Negara yang diadakan di Dewan Auditorium Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak.

Syarahan umum yang bertajuk ‘Transformation Towards National Development’ memberikan pendedahan kepada penonton berkenaan perubahan dalam era pembangunan negara.
Program ini dihadiri oleh seramai 300 peserta yang terdiri dari Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab, pensyarah-pensyarah UniSZA dan pelajar. Pelajar-pelajar terdiri daripada Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa dan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan turut serta dalam syarahan umum tersebut.
Antara matlamat program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta amanat daripada Ketua Setiausaha Negara berkenaan pembangunan negara.

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia