• IMG 5688
  • Banner14x4Ds3 copy
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy

Program Komuniti UniSZA 2016

F 100x75Besut : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengadakan satu program bersama komuniti ‘We Care We Share’ pada 28-29 Oktober 2016 yang baru lalu bertempat di Desa Seni Ukir Istana Tengku Long Kg. Raja, Besut Terengganu.

Program ini merupakan landasan untuk menyahut usaha kerajaan dan pengurusan UniSZA sendiri ke arah transformasi dan perkongsian pintar. Bertemakan Warisan seni dan rasa, program ini berjalan lancar dengan mendapat kerjasama Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) selaku Urusetia program.

Seramai 200 pelajar Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan dan pelajar Kampus Besut turut terlibat dalam menjayakan program tersebut. Selain pameran, pelbagai aktiviti direncanakan seperti gotong royong ditapak perkuburan Kg. Raja, ceramah agama di Masjid Nasiruddin Shah Kg.Raja, sukan tradisional, pertandingan ukiran, melukis wau cantik, demostrasi masakan dan jualan kueh tradisional. Terdapat juga pameran dari fakulti terlibat dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Perasmian program dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh. Kemuncak program ini ialah penyerahan pondok mudah alih (Mizallah Aljariah) yang direka khas oleh pensyarah FRIT kepada komuniti Kg. Raja. Rekabentuk pondok ini mengandungi dua konsep dalam satu yang mana boleh dipisahkan dan dicantum, mudah dialih, menjimatkan ruang peyimpanan dan senang dikendalikan serta mengambil kira ergonomic seseorang dalam keadaan berdiri mahu pun duduk.

Bercirikan imej moden dengan dilengkapi sistem solar. Turut sama pada majlis ini ialah pelancaran buku Warisan seni dan rasa serta buku Resipi sihat warisan Terengganu. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera YB.Haji Mahdi Musa, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Ybhg.Tan Sri Dr.Noorul Ainur Mohd Nur. Ahli Dewan Negara Yb Senator Engku Naimah Engku Taib, Naib Canselor UniSZA Ybhg. Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor UMT Ybhg. Prof Dato’ Dr.Nor Aieni Hj Mokhtar, Ahli ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dekan dekan, Timbalan timbalan dekan, Ketua ketua PTJ, Pensyarah pensyarah, Pengurusan Kanan, Pegawai pegawai Ajensi Kerajaan Daerah, pelajar UniSZA dan pemimpin komuniti setempat.

Menurut Pengarah Program, Sheikh Ahmad Tajuddin Yusoff, program ini mendapat sambutan yang amat baik dari komuniti dan dilihat mampu meningkatkan imej dan peranan UniSZA terhadap komuniti setempat.

D 100x75

 |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia

apucen logo