Latar Belakang

Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) bermula dengan penubuhan sebuah unit kecil yang dikenali sebagai Unit Latihan Industri (ULI) pada tahun 2007 dan berevolusi menjadi sebuah pusat yang  berinovatif pada 1hb Jun 2016. Kini, PJIM berperanan untuk menyelaras, mengukuhkan dan memulakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hubungan universiti – industri serta menjadi platform untuk merapatkan ukhwah antara universiti dan komuniti.

Selain itu , PJIM juga memainkan peranan penting merapatkan jurang antara ahli akademik dengan kerjasama industri melalui pelbagai inisiatif termasuk kerjasama antara syarikat latihan industri bagi tujuan penempatan pelajar, memulakan program-program pemindahan ilmu kepada komuniti setempat, mendapatkan pakar industri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti, serta bekerjasama dengan industri, agensi kerajaan dan NGO bagi mendapatkan idea yang bernas, bimbingan dan nasihat untuk peningkatan setiap program yang dijalankan.