• photo6190208713458034677
  • WhatsApp Image 2018 03 02 at 17.26.05
  • portal2
  • 26239551 344093749331938 2195544727577052298 n
  • 26112406 339817046426275 53736382526707431 n
  • Web site
  • image
  • uniszaneww2

Letak Kerja UPSR 2018 SK Gong Badak

27 Jan 2018. Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA telah memberi peluang SK Gong Badak untuk melancarkan Majlis Letak Kerja UPSR 2018 dan Motivasi Keibubapaan kepada 147 orang murid tahun 6 SK Gong Badak bersama-sama ibu bapa mereka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Zohir bin Haron, Guru Besar SK Gong Badak di Dewan Auditorium Bangunan Akademik UniSZA. Program awal tahun ini turut dihadiri En Wan Ismail Wan Abdullah, Pegawai Penyelaras Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan – Universiti Awam, UniSZA.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 dan ibu bapa tentang harapan dan impian pihak sekolah yang akan direalisasikan para murid tahun 6 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. Majlis tersebut diakhiri dengan ceramah motivasi keibubapaan dan anak-anak yang disampaikan oleh En Mohamad bin Ibrahim, Penolong Pengarah Unit Pencegahan Dadah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia