• PJIM RAYA
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy
  • photo6190208713458034677
  • WhatsApp Image 2018 03 02 at 17.26.05
  • portal2
  • 26239551 344093749331938 2195544727577052298 n
  • 26112406 339817046426275 53736382526707431 n
  • Web site
  • uniszaneww2

PEMBENTANGAN APLIKASI PELAJAR KEPADA PENTADBIRAN UniSZA OLEH CELCOM AXIATA

UniSZA Kampus Gong Badak, 14 Februari 2018 telah diadakan satu Pembentangan Aplikasi Pelajar kepada Pentadbiran UniSZA oleh Celcom Axiata bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran Kampus Gong Badak. Pembentangan itu dihadiri dari ketua-ketua PTj yang berkaitan untuk . Pihak dari Celcom Axiata diwakili oleh Project Manager Government Liaisan USP & Vendor Development, Mohamed Haji Jantan dan 3 orang wakil Celcom yang lain. Taklimat yang berlangsung selama 3 jam itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat UniSZA, Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman.
 
Bersesuaian dengan gagasan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB. Dato Seri Idris bin Jusoh, supaya  semua universiti memulakan proses  pelaksanaan “Smart Campus” pihak  Celcom telah menawarkan satu perkhidmatan yang dinamakan ‘Student Application’, sebuah aplikasi digital yang untuk kemudahan pelajar UniSZA yang boleh diguna pakai dalam proses PdP, pengurusan kehadiran kuliah, pengurusan aktiviti luar kampus dan sebagainya.
 
Aplikasi ini juga dapat menyimpan maklumat pelajar UniSZA dari segi biodata, jenis pengajian, fakulti, sesi pengajian, dan banyak lagi fungsi lain yang ditawarkan semasa perbentangan dijalankan. Cara Penggunaan sistem ini sangat mudah iaitu, pelajar hanya memuat naik aplikasi daripada ‘Play Store’ dan ‘App Store’Pengenalan kepada sistem ini merupakan sebahagian daripada aktiviti bersama UniSZA dan Celcom yang telah ditandatangani perjanjian persefahaman pada November 2017 yang lalu. Dengan adanya sistem aplikasi pelajar, pihak pengurusan dan pensyarah UniSZA dapat memastikan perjalanan dan keselamatan pelajar dipantau dari semasa ke semasa.

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia