• PJIM RAYA
  • Banner Web Rasmi PortalECER UniSZA copy
  • photo6190208713458034677
  • WhatsApp Image 2018 03 02 at 17.26.05
  • portal2
  • 26239551 344093749331938 2195544727577052298 n
  • 26112406 339817046426275 53736382526707431 n
  • Web site
  • uniszaneww2

KERJASAMA CELCOM DAN UniSZA

KUALA NERUS: Perjanjian Persefahaman antara UniSZA dengan CELCOM yang dimeteraikan pada November 2017 telah mengeratkan lagi kerjasama di antara ke dua-dua entiti ini. Pada 15 Februari 2018, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori UniSZA, pihak CELCOM telah membentang satu cadangan untuk menjadikan Kampus UniSZA sebagai sebuah kampus digital sebagaimana digagaskan oleh YB. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia di dalam Ucapan Mandat 2018 lalu. “Kementerian menyasarkan bahawa kesemua IPTA memulakan proses pelaksanaan Smart Campus mulai Jun 2018”, kata beliau.
 
Pembentangan tersebut telah dilakukan oleh Encik Areehan bin Hj. Abdullah yang mengetuai delegasi dari CELCOM. Sementara itu Naib Canselor UniSZA, Dato’ Professor Dr .Ahmad Zubaidi bin A. Latif, mengetuai kehadiran dari pihak UniSZA. Di dalam pembentangan tersebut, Encik Areehan telah memperkenalkan konsep kampus digital yang terdiri daripada aplikasi pelajar, ID secara virtual,  konsep kampus tanpa tunai, solusi pengurusan, IoT dan sebagainya.
 
Pihak CELCOM juga menawarkan kepada pelajar untuk menjalani latihan perindustrian di CELCOM disamping menawarkan sangkutan industri kepada kakitangan akademik dan bukan akademik. Untuk menyokong kebolehpasaran graduan, mereka menawarkan tempat kepada pelajar UniSZA menjalankan SLIM di organisasi mereka. CELCOM juga menawarkan inisiatif KPT-CELCOM-Siswapreneur@UniSZA yang bertujuan untuk meningkat budaya keusahawan dalam kalangan pelajar terutama mereka yang tergolong dalam kategori asnaf penerima zakat. Mereka juga akan memperkenalkan pakej khusus untuk warga UniSZA yang menggunakan perkhidmatan CELCOM dan mereka bersetuju untuk melaksanakan pakej tersebut melalui persatuan-persatuan kakitangan yang terdapat di UniSZA.

More Articles ...

 |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia